Tuesday, March 22, 2022

Hilangkan Kesedihan, Nikmati Kebahagiaan

 

Hilangkan Kesedihan, Nikmati Kebahagiaan



Memang seronok apabila hidup ini didampingi oleh sahabat sejati. Si sahabat bagaikan saudara kandung anda sendiri! Perkenalan sejak di sekolah rendah mampu bertahan sehingga ke hari ini semestinya membawa keakraban yang luar biasa. Kemesraan yang terjalin itu pastinya membuahkan rasa bahagia. Lebih-lebih lagi segalanya boleh dikongsi bersama.

Harus diakui bahawa persahabatan ialah sebahagian daripada agenda terpenting dalam hidup kita. Sahabat ialah individu yang boleh diajak berbicara di kala kita mempunyai masalah dengan teman-teman, masalah di sekolah mahupun masalah di rumah sendiri. Sahabat juga membantu kita melalui waktu-waktu sukar dengan menawarkan kita nasihat, dorongan, dan juga kekuatan ketika kita dirundung kesedihan.

Untuk mendapatkan sebuah ikatan persahabatan yang akrab, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang sama penting. Ad kalanya hanya disebabkan aktiviti yang terlalu padat, kita lupa sebuah persahabatan memerlukan perhatian. Berikut diberikan beberapa tip yang boleh anda jadikan panduan untuk membantu sahabat anda yang sedang dirundung kesusahan.

 BERIKAN SOKONGAN

Ketika sahabat anda sedang dilanda masalah, jangan terus mencari kesalahannya. Sahabat benar-benar mengharapkan sokongan serta pertolongan daripada anda. Ungkaplah kata-kata “ Semuanya pasti akan pulih seperti sediakala. Jangan bimbang saya akan cuba membantu kamu setakat yang termampu”. Ringkas tapi inilah yang akan membuatkan sahabatmu merasakan seperti memiliki harapan dan semangat walaupun ia lahir hanya daripada sebuah ucapan.

 HIBURKAN HATINYA

UJIAN MINAT KERJAYA

 UJIAN MINAT KERJAYA 


REALISTIK

Individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan & binatang. Lebih suka bekerja diluar bangunan daripada di dalam bangunan.

INVESTIGATIF

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai & menyelesikan masalah melalui penyelidikan. Individu ini juga mempunyai kemahiran saintifik & matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercork taknikal.


ARTISTIK

Individu yang mempunyai kebolehan artistic & inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi & suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal mereka menggunakan imaginasi & kreativiti.



SOSIAL

Individu yang suka bekerja & berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembangkan, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mahir menggunakan kata-kata dan berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama untuk membuat kebajikan.


ENTERPRISING

Individu yang suka bekerja & berinteraksi dengan manusia. Mmpunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, & mengurus orang lain. Mereka juga pandai memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka untuk mencapai keuntungan organisasi & keuntungan ekonomi.


CONVENTIONAL

Individu yang suka bekerja dengan data & nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan & kemahiran dalam menggunakan nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

PELANCARAN MINGGU PPDa - UCAPAN UTAMA PENGETUA


 

PEMIKIRAN POSITIF

 


PROGRAM PAMERAN KARNIVAL KERJAYA ANJURAN UBK SMKLSS SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN TAHUN 2022

  Sebanyak 5 buah kolej/ universiti akademik dan kemahiran serta PTPTN membuka booth dalam pameran karnival kerjaya di SMK La Salle Sentul, ...