Monday, November 1, 2021

Lima Cara Lulus Peperiksaan

 Lima Cara Lulus Peperiksaan



Pertama: matlamat perlu jelas


Pelajar perlu menetapkan matlamat dengan jelas. Setiap pelajar perlu sedar bahawa peperiksaan sama ada PMR, SPM atau STPM adalah penentu kepada hala tuju masa depan. Peperiksaan ini bakal menentukan sama ada pelajar akan hanya menjadi seorang buruh kasar, pegawai atau seorang profesyional. Oleh itu matlamat asas yang perlu ada adalah untuk berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar akan berasa malas untuk berusaha dengan gigih untuk meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar tidak akan berasa bahawa peperiksaan itu penting.



Kedua: perencanaan yang bijak


Pelajar perlu merancang atau merencanakan bahawa peperiksaan yang bakal dihadapi itu adalah sebahagian daripada hidup. Hidup pula adalah laksana jambatan ke akhirat. Oleh itu peperiksaan tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu kejayaan dalam peperiksaan adalah
juga sebahagian daripada kejayaan hidup kita.



Ketiga: cipta sejarah


Pelajar perlu mencipta sejarah. Pelajar perlu melakukan sesuatu kejayaan yang akan dikenang oleh anggota keuarga atau saudara mara hingga ke akhir cucu. Jangan biarkan pelajar dikenang oleh seluruh suku-sakat pelajar sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana gagal dalam peperiksaan. Kalau boleh, jadilah anggota keluarga yang paling
berjaya dan yang terbaik dari kalangan semua. Begitu juga di sekolah, pelajar boleh mencipta sejarah sebagai pelajar terbaik yang pernah dilahirkan oleh sekolah pelajar. Pelajar akan dikenang dan dijadikan contoh teladan oleh guru-guru sampai bila-bila.



Keempat: fikirkan yang indah


Bayangkan keseronokan yang bakal pelajar kecapi jika berjaya kelak. Jika pelajar berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, pelajar akan diberikan biasiswa atau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar juga kemudiannya akan menerima segulung ijazah dan dihormati oleh semua. Seterusnya pelajar akan berkhidmat kepada negara dan menjadi orang yang berjaya.



Kelima: keuntungan terdekat


Ke mana pelajar selepas peperiksaan nanti. Adakah ke luar negara, ke universiti tempatan, ke pusat-pusat matrikulasi, ke institusi pengajian tinggi swasta, ke kolej-kolej, atau kembali mengambil peperiksaan semula. Ini adalah antara keuntungan (atau kerugian) yang paling cepat akan pelajar perolehi, iaitu sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Oleh itu, jadikanlah keuntungan terdekat itu sebagai antara matlamat pelajar. Ini akan dapat menaikkan lagi semangat dan menambah azam pelajar untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Panduan Menghadapi Peperiksaan Akhir


Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu ambil perhatian apabila mengulangkaji untuk peperiksaan penting.

Pertama: Mula Awal - empat minggu sebelum peperiksaan
Berjumpalah guru anda pada waktu lapang dan cuba dapatkan gambaran tentang topik yang akan keluar dalam soalan ujian nanti. Buat senarai apa yang guru anda beritahu dan tunjukkan kepadanya untuk membuat semakan semula, pastikan anda mendapat maklumat yang betul.

1. Rancang untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit, paling baik 1 jam, setiap hari untuk mengulangkaji. Buat agenda/jadual waktu untuk setiap subjek bagi memudahkan anda membuat ulangkaji pada setiap malam

2. Luangkan lima minit pertama menyediakan semua bahan atau peralatan yang anda perlukan. Anda akan memerlukan kad indeks, marker berwarna, dua atau tiga pen penyerlah (highlighter), pensel, pen, fail untuk setiap subjek serta kertas bergaris, tidak bergaris dan graf. Jika anda menyimpan barang-barang ini di dalam sebuah kotak, lebih mudah anda menggunakannya setiap kali ingin memulakan ulangkaji. Dan sudah tentu anda memerlukan nota dan buku teks bagi setiap subjek untuk mengulangkaji.

3.Ambil masa 20 minit untuk membuat ulangkaji. Jika anda menghabiskan masa selama 1 jam, bahagikan ia kepada 15 minit setiap segmen. Masa ulangkaji yang singkat dan rehat secukupnya akan dapat meningkatkan daya ingatan anda.

4.Dalam masa 5 minit yang terakhir, anda boleh melihat apa yang telah dipelajari dan pastikan matlamat anda apabila mengulangkaji semula subjek tersebut.

Kedua: Gunakan pancaindera anda
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semakin kita melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan menerima maklumat, semakin kuat kesannya terhadap daya ingatan kita.
Contohnya: Mengingati beberapa baris dialog bagi sesuatu adegan bukan sahaja memerlukan anda menghafal ayat demi ayat tetapi meluahkannya dalam bentuk ucapan serta menggambarkan adegan tersebut. Dengan menggunakan pancaindera tertentu dalam satu masa, kita dapat meningkatkan kemampuan untuk mengingati maklumat.

1. Tulis, taip, lukis segala maklumat yang telah dapat. Dengan cara ini ia dapat menghasilkan suatu gambaran yang dapat menolong anda mengingati dalam jangkamasa yang panjang. Tulis semula nota-nota, buat beberapa senarai, buat kad pembayang, reka soalan-soalan dan jawapan atau lukis karektor yang melucukan.

2. Bercakap, menyanyi, membaca maklumat tersebut. Ambil nota dan bacanya dengan kuat untuk dirakam pada pita rakaman. Anda boleh menjadikan mana-mana bahagian yang penting dalam bentuk lagu rap ataupun menyebutnya mengikut irama (ingat lagu A,B,C...?) Sediakanlah soalan yang anda buat dan minta bantuan ahli keluarga untuk menyoal anda dan anda menjawabnya.

3.Memanipulasi, memberi fokus, menunggang basikal, melompat dengan tali. Membuat pergerakan badan akan dapat membantu anda mengingati dengan lebih mudah. Baca nota sambil mengayuh basikal yang tidak bergerak. Tulis semula nota penting. Tulis perkataan dan maknanya sekali pada kad indeks serta bermain memadankannya. Sepahkan kad tersebut di lantai dan ambil salah satu darinya, baca soalan yang tertera serta berikan jawapan yang tepat.

4.Bahagikan semua maklumat kepada beberapa bahagian utama. Jadikan ia tidak melebihi 7 bahagian. Akal fikiran kita dapat mengingati bilangan angka ini dengan mudah, contohnya nombor telefon kawan anda.

5.Pastikan anda membuat ulangkaji setiap bahagian maklumat sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan ia akan menjadi sebahagian daripada memori anda bagi jangkamasa panjang.

Ketiga: Tanamkan sifat positif dan tenang

1.Tanamkan sifat keyakinan diri yang positif. Anda harus berfikiran positif. "Saya seorang pelajar yang bijak", "Saya mengorbankan masa dan tenaga untuk belajar bersungguh-sungguh."

2.Tidur dengan secukupnya. Sewaktu tidur pada waktu malam, minda anda akan membina semula jaringan neuron atau sel-sel otak yang berfungsi sebagai memori.

3.Pemakanan yang sihat dan senaman. Pastikan anda mengambil diet pemakanan yang seimbang mengikut carta piramid makanan. Keluar bersiar-siar, bermain kasut roda, menunggang basikal ataupun bermain bola keranjang. Berhibur sambil membuat senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Selepas anda berjaya mengikuti segala panduan tersebut, Bergembiralah!. Setiap hujung minggu, beritahu ahli keluarga anda bahawa anda mengambil masa untuk belajar dalam usaha untuk berjaya di bidang akademik. Anda berhak mendapat pujian dari semua pihak.

PROGRAM PAMERAN KARNIVAL KERJAYA ANJURAN UBK SMKLSS SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN TAHUN 2022

  Sebanyak 5 buah kolej/ universiti akademik dan kemahiran serta PTPTN membuka booth dalam pameran karnival kerjaya di SMK La Salle Sentul, ...