Monday, November 1, 2021

Lima Cara Lulus Peperiksaan

 Lima Cara Lulus Peperiksaan



Pertama: matlamat perlu jelas


Pelajar perlu menetapkan matlamat dengan jelas. Setiap pelajar perlu sedar bahawa peperiksaan sama ada PMR, SPM atau STPM adalah penentu kepada hala tuju masa depan. Peperiksaan ini bakal menentukan sama ada pelajar akan hanya menjadi seorang buruh kasar, pegawai atau seorang profesyional. Oleh itu matlamat asas yang perlu ada adalah untuk berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar akan berasa malas untuk berusaha dengan gigih untuk meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tanpa matlamat, pelajar tidak akan berasa bahawa peperiksaan itu penting.



Kedua: perencanaan yang bijak


Pelajar perlu merancang atau merencanakan bahawa peperiksaan yang bakal dihadapi itu adalah sebahagian daripada hidup. Hidup pula adalah laksana jambatan ke akhirat. Oleh itu peperiksaan tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu kejayaan dalam peperiksaan adalah
juga sebahagian daripada kejayaan hidup kita.



Ketiga: cipta sejarah


Pelajar perlu mencipta sejarah. Pelajar perlu melakukan sesuatu kejayaan yang akan dikenang oleh anggota keuarga atau saudara mara hingga ke akhir cucu. Jangan biarkan pelajar dikenang oleh seluruh suku-sakat pelajar sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana gagal dalam peperiksaan. Kalau boleh, jadilah anggota keluarga yang paling
berjaya dan yang terbaik dari kalangan semua. Begitu juga di sekolah, pelajar boleh mencipta sejarah sebagai pelajar terbaik yang pernah dilahirkan oleh sekolah pelajar. Pelajar akan dikenang dan dijadikan contoh teladan oleh guru-guru sampai bila-bila.



Keempat: fikirkan yang indah


Bayangkan keseronokan yang bakal pelajar kecapi jika berjaya kelak. Jika pelajar berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, pelajar akan diberikan biasiswa atau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar juga kemudiannya akan menerima segulung ijazah dan dihormati oleh semua. Seterusnya pelajar akan berkhidmat kepada negara dan menjadi orang yang berjaya.



Kelima: keuntungan terdekat


Ke mana pelajar selepas peperiksaan nanti. Adakah ke luar negara, ke universiti tempatan, ke pusat-pusat matrikulasi, ke institusi pengajian tinggi swasta, ke kolej-kolej, atau kembali mengambil peperiksaan semula. Ini adalah antara keuntungan (atau kerugian) yang paling cepat akan pelajar perolehi, iaitu sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Oleh itu, jadikanlah keuntungan terdekat itu sebagai antara matlamat pelajar. Ini akan dapat menaikkan lagi semangat dan menambah azam pelajar untuk berusaha gigih bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.

Selamat Menghadapi Peperiksaan

No comments:

Post a Comment

PROGRAM PAMERAN KARNIVAL KERJAYA ANJURAN UBK SMKLSS SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN TAHUN 2022

  Sebanyak 5 buah kolej/ universiti akademik dan kemahiran serta PTPTN membuka booth dalam pameran karnival kerjaya di SMK La Salle Sentul, ...